Bahasa digunakan Dinasti_Pallava

Pada awal pemerintahan Pallava tulisan diraja samaada menggunakan bahasa Prakrit atau dalam bahasa Sanskrit, yang dianggap bahasa rasmi bagi dinasti sementara skrip rasmi adalah grantha Pallava.[22] Samajuga, tulisan yang ditemui di Andhra Pradesh dan Negeri Karnataka adalah dalam Prakrit dan bukannya bahasa Telugu atau Kannada.[22] Fenomena menggunakan bahasa Prakrit dan Sanskrit sebagai bahasa rasmi dalam mana pemerintah meninggalkan tulisan dan epigrafik mereka berterusan sehingga kurun ke- 6 CE. Ia menjadi kelebihan bagi golongan elite pemerintah bagi melindungi keistimewaan mereka dengan mengekalkan kesamaa Prakrit mereka bagi menyingkirkan orang biasa dari berkongsi kuasa (Mahadevan 1995a: 173-188). Pallavas dalam negeri Tamil mereka turut menggunakan kaedah yang sama. Mereka menggunakan bahasa Sanskrit dan skrip grantha Pallava dalam perintah rasmi mereka.

Dokumen rasmi kepingan tembaga muniment terawal yang dijumpai di India, sehingga kini adalah oleh Pallavas pada tarikh yang tidak ditentukan.[23] Dokumen ini merupakan pembaharuan anugerah taman sebelumnya yang diberikan oleh raja Bappa sebelum ini, kepada dua puluh keluarga Brahman dari Atreya, Harita, Bhradvaja, Kausika, Kasyapa, dan Vatsya gotras, yang menetap di Selatan India sekitar tarikh anugerah ini.[23] Anugerah ini menyebut bahagian khusus tertentu bagi Brahmans, dan bebas dari semua cukai ; pada mana kini ditambah dengan anugerah bidang tanah yang baru di kampong berjiranan bagi lantai melerai, dan sebidang lagi bagi tapak rumah, bersama juga dengan empat buruh penuai, dan dua serf pertanian terikat pada tanah. Pemberian ini dicipta bagi meningkatkan kebaikan, dipanjangkan hayat, kuasa, dan kemashyuran keluarga dan bangsa penderma.

Anugerah ini dikeluarkan dari Kanchipura, dan bertarikh pada hari kelima dari enam puluh hari musim hujan pada tahun ke lapan pemerintahan penderma. Anugerah ini dilakukan oleh raja Pallava, Sivaskanda-varman, yang disebut sebagai ahli persatuan kerohanian bagi rishi Bharadvaja, dan persembahan bagi pengorbanan vedik Agnishtoma, Vajapeya, dan Asvamedha.[23]

Keseluruhan kandungan ukiran tulisan dalam bentuk Prakrit kuno; tetapi pujian ringkas dalam bahasa Sanskrit ditambah pada penghujungnya, dan nama raja pada cop mohor juga ditulis dalam bentuk Sanskrit. Berkait dengan tarikh anugerah, Professor Buhler menyebut bahawa "adalah mustahil bagi menyatakan bagaimana penderma berkait dengan raja Pallava lain yang diketahui dari sasanas yang belum diterbitkan, atau menetapkan tarikh bila dia memerintah ", tetapi dia mengusulkan bagi tarikh anggaran awal dari sebaba ia ditulis dalam Prakrit.[23]

Menganggap ketepatan pengenalpastian Pallavas denag pauranic Pahlavas, dan Pahlavas dengan Parthians, terdapat asas sejarah yang kukuh bagi menganggap koloni Parthian menubuhkan diri mereka di Deccan pada tempoh amat awal.[23] Dari tempoh pemisahan Bactria dari Syria pada pertengahan kurun ke-3 BC, kecenderungan Bactrians, dipaksa oleh tekanan oleh jiran barat dan utara mereka, untuk bergerak keselatan ke India. Parthians, selepas penaklukan Bactrians sekitar seabad berikut, menurut kejayaan mereka dengan menguasai wilayah Bactria di Indian. hasil dari pergreakan ini adalah memberi tekanan Indo-Bactrians yang ditawan bagi bergerak lebih jauh keselatan dan timur ke India, dengan kecenderungan yang sama di pihak Parthians untuk sentiasa menurut pengunduran musuh mereka yang dikalahkan. Selepas tempoh yang lain, Indo-Parthians sendiri dipaksa keluar dari penguasaan mereka di Afghanistan, Punjab, dan India Utara oleh penjajahan Scythian, dan satu-satunya tempat mereka berlindung masa itu adalah di selatan.[23]

Foulkes menyatakan dalam rencana "The Early Pallavas of Kánchípura" yang diterbitkan dalam Journal of the Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland sebagai berikut:

Kita boleh menjejak langkah pelarian, melalui cara penulisan Kshatrapas, sejauh lembah atas Godavari dan persisiran utara Konkans ; dan apabila bahan yang banyak ini gagal membantu kita menjejak pergerakan mereka lebih jauh ke selatan, kemungkinan yang timbul adalah sebahagian dari jeneral Parthian yang kalah yang lebih enterprising akan mengembara di hadapan baki tenteranya memasuki dataran luas Dakhan (deccan) dan membina bagi dirinya kerajaan di situ, atau, kemungkinannya berkhidmat dengan pemerintah Dakhan sedia ada sebagai perikatan pertahanan tambahan, diberikan jagaan sebahagian sempadan sebagai bayaran bagi tenteranya, dan dengan akibatnya dia menubuhkan pemerintahan bebasnya sendiri di situ. Pada titik ini pada teori tidak pasti ini kita bertembung dengan rekod Ceylon menunjukkan pertumbuhan kuasa besar koloni Parthian ini pada tempoh cukup awal, sebarang tarikh selepas itu boleh dikaitkan dengan raja Ceylon yang awal ...


[...]

An outline of this kind, pending the discovery of more definite materials to fill in the details, quite consistently prepares us for the next succeeding historical appearance of the Pallavas in Sir Walter Elliot's Vengi copper plates of Vijaya Nandi-varman and the subsequent inscriptions of the Chalukyas, at whose arrival in the Dakhan they found the Pallavas in possession of its western districts, as far at the least as the vicinity of Badami in the middle basin of the Krishna, and of its eastern districts as far north at least as Rajahmahendri (Rajamundry) in the lower basin of the Godavari, and with their capital still at Kanchipura, where Sivaskanda-varman of our present grant reigned several centuries before.....I believe it to be, and his reign fell at any time about the end of the first century CE, or the beginning of the second..